Kucing Mana Yang Tidak Makan Ikan

Ikan-ikan banyak di laut,
Kekadang berenang sampai ke sungai,
Menjumpai kucing, itulah maut,
Bila jumpa, cakaplah “OHAI!”

Cerita ini cerita tentang Si Putih,
Si Putih memang seekor kucing,
Ternampak ikan-ikan dalam air jernih,
Si Putih pun bersedia memancing.

Si Putih seekor kucing yang senang lapar,
Cuba lagi-lagi untuk ikan belaka,
Ikan terpikat, bukan satu tapi dua,
Ini kucing memang kucing derhaka.

Ikan bodoh, ikan buat tak tau,
Dua-dua pun ingin dimakan Si Putih,
Dua-dun pun Si Putih mau,
Salah satu hati ikan mesti pedih.

Si Putih bersiap untuk bersantap,
Ikan-ikan asyik menunggu,
Di goreng, di bakar atau di asap,
Tibalah masa untuk pilih satu.

Termakan ikan siakap,
Tulang banyak, rasanya beza,
Si Putih baling keluar tingkap,
Si Putih memang tak biasa.

Kini dipilih Ikan bawang putih,
Ikan siakap menangis tak henti,
Oh ikan siakap janganlah sedih,
Kucing seekor tidak semesti.

Ikan bawang putih dah lama menunggu,
Ternampak ikan siakap dipilih dahulu,
Walaupun sakit hati tapi asyik tunggu,
Si Putih memang pandai mengampu.

Wahai kucing-kucing sekalian,
Satu ikan, cukup sehidup,
Boleh ke tak makan ikan lain,
Walaupun tersangat ranggup.

Kecewa dengan banyak kucing. Banyak pelakon kucing yang handal dalam dunia ini.

BM SPM dapat B3. Kesalan yang paling besar. BM saya sungguh menghisap.